Monday 4 July 2011

BERSIH 0.0

sekarang ni satu malaysia sibuk pasal bersih 2.0 yg diwar2 kan akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh malaysia pada 9 julai ni..sebagai salah sorg rakyat malaysia, guapedia ada pandangan yg tersendiri...

guapedia:
bersih 2.0 memang ada pro and kon die iaitu baik dan buruk..yg baik, kite kene tau tujuan asal atau bersih ni iaitu menjadikan pilihanraya umum di malaysia yg akan datang lepas ni bersih dari segala penipuan 0leh mana2 pihak yg x bertanggungjawab...

seriously aku sokong idea ni sebab mane ade rakyat yg nak pilihan raya negara diorg kotor..tp, dlam BERSIH 2.0 yg kan dtg ni, aku dapat lihat lebih byk keburukan daripada kebaikan..adakah BERSIH 2.0 ini adalah PERHIMPUNAN dan bukannya RUSUHAN???adakah BERSIH ini benar2 atas landasan yg betul ataupun permainan serta agenda beberapa org yg ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan BN semata2..

sebelum tu, aku masih musykil kenapa rundingan meja bulat atau perbincangan oleh penganjur perhimpunan BRSIH 2.0 ini pernah ditolak oleh kerajaan..sebagai kerajaan, rasanya xsalah jika ada pihak yg mengemukakan idea atau pendapat yg benar2 demi kebaikan negara bangsa.. jadi, kat sini dah jelas benar2 meyakinkan org bahawa pihak kerajaan KOTOR 100.0 dalam PRU2 sebelum ni..katakan diorg xbuat, kenapa diorg perlu takut dengan tuntutan BERSIH ini..mcm ko x curi, tapi ko taku2 , ko lari, org kejar ko lari lagi laju...padahal bukan ko yg curi...kalau ko x buat, berani je la sebab BERANI KERANA BENAR!!!

kalau boleh, sebelum 9 julai ini, kerajaan dengan penganjur BERSIH ni dapatlah berjumpa dan berbincang dengan elok2 tanpa perlu membuat perhimpunan atau demonstrasi...settlekan dulu wahai org atasan sebelum melibatkan org bawahan...aku xsuka org berhimpun ramai2 buat demonstrasi ape ke hape...korg kene igt, xpernah ada rusuhan yg elok kat dunia ni..dulu pernah ada HNDRAF..xserik ke..korg kene tau, pelabur luar ni nk melabur kat tempat yg stabil..kalau ade rusuhan, xstabil la jadinya dan diorg nak x nak dah pasni nak melabur kat malaysia..


confirmla utk BERSIH ni nanti, akan ada roadblock besar-besaran yg akan menyebabkan traffic jam sekaligus menyusahkan org ramai yg xbersalah..ada org cakap, lantakla ekonomi terjejas sikit ke ape ke sebabkan utk maju ke depan kene ade jatuhnye dulu..tp kawan2, nak ke kite mempertaruhkan apa yg kite ade sekarang demi mase depan yg xmenentu lg..sedangkan ada lagi langkah yg lebih elok..negara ni bukan boleh buat main2 woi utk dipertaruhkan..rakyat yg jadi mangsa..peribahasa melayu selalu cakap, SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA...selagi ada masa ni, fikirlah masak2...

lagi satu perkara, korg tau x sape kepala BERSIH 2.0 ni..seorg wanita bernama AMBIGA yg memperjuangkan murtad dan pernah jadi peguambela lina joy..murtad dosa besar..sape org yg menyokong dosa besar ni dibolehkan, memang sekutu dengannya..amik idea die yg baik xpe, tp percayelah, pasti ada agenda lain die ni..jgnlah korg sokong AMBIGA ni..serious die la musuh utama org islam di MALAYSIA sekarang..

kawan2 sekalian, guapedia nak bitau, masalah utama politik kat malaysia sekarang ni di mata guapedia adalah rahsia yg dipegang oleh kerajaan dan rahsia yg dipegang oleh pembangkang..mereka berdua ni masing2 ada rahsia-rahsia tersendiri yg rakyat xboleh nak tau dan demi menjaga rahsia2 tersebut, apa jua cara sekalipun akan dilakukan kerana mereka ada agenda masing2 yg kite sendiri xpasti baik ke jahat..jadi, ke arah politik yg lebih berkualiti dan kelas pertama, kongsi2 kanlah rahsia anda dengan rakyat biar mereka jelas akan setiap perkara yg berlaku dan tidak berfikiran negatif..

last sekali, guapedia nak btau, before korg nak lancarkan perhimpunan BERSIH 2.0 ni atau menjadi penyokong je atau hadir di tempat kejadian, korg BERSIH kan lah dulu diri korg dari hati, akal , kata-kata, dan perbuatan yg bersih sebab itu lah BERSIH 0.0..kalau semua tu bersih, lantak korg la nak BERSIH sampai 1 000 000 000.00 pon xde sape nak kisah...sentiasa berfikiran positif, kuat iman, jaga pergaulan dan kata2 dengan beradab, baik2 la dengan semua org...baru masyarakat MALAYSIA maju!!!



hiduplah BERSIH 0.0 !!!!

*tips kalau korg ditanya oleh polis, awak pakai baju BERSIH ke???
dengan selamba, korg jawab: xkan saya nak pakai baju kotor..mestilah bersih boss....hahahaha

No comments:

Post a Comment