Wednesday 6 July 2011

AWAS SINGAPURA – KAU SETERUSNYA




Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yg berjaya mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Taiwan ataupun Chinese Taipei semalam..selepas berbekalkan 2-1 gol di Bukit Jalil tempoh hari, pasukan Negara bermula baik di Taiwan selepas Aidil menjaringkan gol yg amat menarik dengan rembatan sepakan percuma seawall minit ke 8 sekali gus meletakkan Malaysia lebih selesa dengan agregat 3-1.. Namun , pasukan Taiwan terus mengasak dengan suntikan beraksi di halaman sendiri dan pada satu ketika, Malaysia seri 2-2 apabila kapten Malaysia, Safiq Rahim menjaringkan gol kedua Malaysia menerusi sepakan percuma dan Taiwan masing-masing menerusi jaringan penalty dan juga gol ketika keadaan di hadapan gawang Malaysia kelam kabut..



Terima kasih Sharbinee iaitu penjaga gol Malaysia yg berjaya menangkap sepakan penalti ketika Malaysia berkedudukan 2-2..namun, pengadil dari Vietnam menghadiahkan satu lagi penalty kepada Taiwan dan seterusnya berjaya disempurnakan oleh Xa-vier yg merupakan pemain bola sepak di Belgium..keadaan berkesudahan dengan Taiwan 3 Malaysia 2..Namun, Malaysia layak ke pusingan seterusnya selepas keputusan agregat 4-4 dan Malaysia mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan..lawan harimau Malaya yg seterusnya adalah Singapura yg akan berlangsung pada 23 dan 38 julai ini..



Guapedia:
Memang xdapat nak dijangka bahawa Malaysia boleh kalah kat Taiwan..tp nasib baik ade kelebihan jaringan di tempat lawan..kalau x , punah harapan semua org Malaysia..taiwan dah lepas, sekarang penghalang adalah singapura yg pemainnya byk pemain import dan dijadikan warganegara singapura..dengan pasukan Malaysia yg 100% anak kelahiran tanah bertuah ni, akan menentang pasukan singapura yg sungguh kerek dan terlalu yakin akan dapat menewaskan Malaysia..

Ape langkah utk menumpaskan singapura???   
 1. Bermain berpasukan selama 180 minit (90 di singapura dan 90 di Malaysia) 
2. Memperkemaskan pertahanan supaya sentiasa waspada dan jgn leka walau sesaat
3. Kene tau kelebihan dan corak permainan pemain import singapura yg dengar ceritanya sangat2 berbisa 
4. Pastikan safee Sali dan shahrul idlan dapat menemui sentuhan berbisa mereka.
5. Jgn biarkan pemain buat kesilapan passing dan finishing yg entah pape.
6. Jgn biarkan referee berat sebelah.
7. Pastikan khairul fahmi tidak rabun di hari kejadian
8. Dptkan byk2 free kick biar aidil dan safiq rahim score lagi.
9. Lorongan2 yg lebih cantik dan tepat diperlukan utk safee Sali atau shahrul idlan buat finishing..

Last but not least,

10.  kite rakyat Malaysia bape juta dan diorg tu bape kerat sangatla..gunakan kuasa majority kite utk penuhkan stadium dan sokong pasukan harimau Malaya kite 100 % tak kire di mane jua anda berade..



*time ni nnt boleh lagi x pakai baju kuning??takut2 kene tangkap kang…better pakai baju biru kot..biru kan BN…sure selamat..hahaha

No comments:

Post a Comment